Tuesday, August 25, 2009

BahaSa MatemaTik Sangat InDah~

Beberapa istilah, kaedah dan rumus yang agak melucukan apabila dialihbahasa
dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu

- B. Inggeris: Successive over Relaxation method (SOR)
B. Melayu: kaedah pengenduran berlebihan berturut turut

- B. Inggeris: imaginary part
B. Melayu : unit khayalan

- B. Inggeris: lower bound
B. melayu; jiranan bawah

- B. Inggeris: Global Test
B. melayu: Ujian Sejagat

- B. Inggeris: Associative law
B. mealyu: hukum kalis tukar tertib

-B Inggeris: Numerical computation
B. Melayu: perhitungan berangka

-B Inggeris: Laplace Transformation
B. Melayu: Jelmaan Laplace

-B. Inggeris: Dummy variable
B. Melayu: pembolehubah patung


Kreditasi & ulasan Merapu



1. Kepenatan & kebosanan mengalih bahasa untuk tujuan disertasi saya ini membuatkan saya terfikir untuk postkan ckit di nota ini.. harap kamu terhibur..

2. PENGAJARAN!! rupa - rupanya apabila alihbahasa BI ke BM bukan sebenarnya memberi maksud yang sama dari segi terma matematik... jika al - khawarizmi masih hidup, pasti beliau sangat marah...

3. Successive over relaxation method (SOR) tiada kena mengena dengan kejayaan, istirehat, kendur yang berlebihan dan kesemua perkara berikut dilakukan secara berturut - turut. Saya mungkin seperti kamu juga " kenapa diberi nama sedemikian?"

4. jangan keliru apabila menjumpai "pembolehubah patung" di dalam buku statistik.... patung mahupun pepatung x terlibat dalam mana2 analisis statistik. hanyalah satu pembolehubah yang perlu disingkirkan kerana tidak membawa apa - apa makna dalam ujian permodelan, selayaknya "Dummy" memberi maksud yang lebih baik..

5. Jika kamu berfikir " wah!! complicatednya maths" maka anda harus singkirkan pemikiran ini... matematik sangat seronok malah ahli matematik sempat juga menyelitkan unsur komedi dalam bahasa mereka


6. Menaip sambil berfikir perkara yang merepek dan tidak masuk akal pada tengah malam merupakan aktiviti yang kurang sihat dan merendahkan IQ... JANGAN TIRU SAYA!!

7. Maaf jika kamu merasakan membaca nota saya adalah perkara yang membuang masa... Saya cuma ingin memanfaatkan masa yang terbuang akibat tidur yang berlebihan


Arigat0 GhOzaimasu~

No comments:

Post a Comment