1. Nadai - tiada
contoh: Aku nadai duit ( saya tiada duit)
2. pulai - pulang
contoh : pulai dulu aku ( pulang dulu saya)
3. nitih - ikut
contoh : lagik aku nitih nuan pulai ( nanti saya ikut kamu pulang)
4. jampat - cepat
contoh : ulih nuan jampat agik? (boleh kamu cepat sikit)
5. berumban - mahu cepat, terburu buru
contoh : jampat agik, aku berumban tu ( cepat sikit, saya mahu cepat ni)
6. bulak - tipu
contoh : anang nuan bulak ( jangan kamu tipu)
7. kiba - kiri
contoh : aku nulis ngena jari kiba ( saya menulis dengan tangan kiri)
8. sulu - buah hati ( selalu disebut sebagai 'sulu hati')
contoh : indu nya tadi sulu hati aku ( perempuan itu tadi buah hati saya)
9. kebuah - kerana ( dalam dialek lain disebut 'ketegal')
contoh : tusah ati aku ketegal nuan ( saya susah hati kerana kamu)
10. lelengau - rindu
contoh : aku selalu lelengau ka nuan ( saya selalu rindukan kamu )
Kreditasi & Ulasan Merapu
a) Terima kasih Kepada Tuhan dan parents kerana melahirkan saya sebagai seorang lelaki Iban yang tulen
b) tiada penggunaan kamus elektronik seperti The Sage; cuma alihbahasa spontan dan sedikit memori perbualan bersama family
c) Orang Iban tidak lagi memenggal kepala orang seperti dulu okay... kalau ada pun pastinya beliau sangat marah ataupun tidak pandai menggunakan parang
d) "pulai, makai, parai" juga adalah bahasa iban tetapi hanyalah puitis seorang ibu yang memanggil anaknya pulang untuk makan di rumah
e) nama yang sangat general @ umum seperti Jangan, Sayun, Rantai, Limbau, Bunyau, Apai Sali, Indai Umang, Sidum, Bayut, Bugau, Pandak dsb. adalah nama orang iban yang sangat tulen... jangan ragu2
f) Saya tidak membuang masa. Lebih baik menaip nota befaedah sebegini daripada lepak sambil bersiul mengurat minah kilang atau menyapu sampah di halaman rumah.
Kutukan berunsur bacaan jampi sangat dialukan jika tidak merasa berdosa.
Arigato Ghozaimasu....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment