begini idea saya...
kehidupan ini sebaik sahaja kita dilahirkan; ibarat kain putih aka canvas...
persekitaran, warna dan corak yg tercalit akan menjadikan nilai canvas itu...
begitu juga kehidupan saya.... ada corak dan warna saya sendiri
(barangkali kamu pernah mendengar hujahan aka nasihat yang sama daripada orang tua kamu sehingga membaca kali ini membuatkan kamu meluat dan ingin menekan butang 'X' d sebelah kanan bahagian
atas monitor kamu.. Maaf!!)
akan saya tinta kan beberapa individu yang mewarnai canvas saya...
dalam erti kata lain; menjadi teman setia saya di sini...
Saya juga gemar mengikuti perbincangan, diskusi etc "kedua dua" belah pihak mengenai satu perkara....
Kadang kadang ini kelemahan kita... menghakimi di sebelah pihak sahaja... setiap baik ada buruknya dan setiap buruk ada baik nya... "bukan semua orang suka putih; ada juga suka hitam" saya ingat perkataan itu daripada seorang rakan..
Seperti yang saya maklumkan di dalam profil, saya seorang yang agak pasif,
dalam diskusi atau perbicangan berbentuk non formal, saya lebih kepada pendengar yang setia, punya idea sendiri malah mulut juga boleh bercakap... tekad saya barangkali belum sampai tahap mampu berdebat dengan orang lain..
ini kaedah terbaru saya untuk untuk menyampaikan pemikiran saya memandangkan dunia blogger agak berpengaruh dewasa ini...( akan saya panjangkan juga issue "speaker tower" dalam notes saya di facebook)
Saya punya beberapa issue yang ingin saya utarakan di sini dan mendengar komen orang lain.. skop perbincangan sebelum ini agak terhad kepada saya dan beberapa orang rakan sahaja... " lain padang lain belalang"
Harap sabar menunggu...
~deWa~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment